AQIDAH ABU HASAN (ASR-ARIYAH)
SIFAT DUA PULUH -
KUPASAN SECARA MAKRIFAH ''
SIFAT DUA PULUH SIFAT DUA PULUH ''
Apakah maksud sifat dua puluh ? Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, didalam mentafsir kaedah mengenal Allah melalui ilmu makrifat. Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia' terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal Allah. Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta faham akan maksud dan makna yang tersirat, InsyaAllah ia akan dapat mengenal Allah swt dengan nyata dan terang. Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah pembelajaran yang telah didedahkan melalui kitab, melalui pondok, melalui sekolah dan tidak kurang pula melalui guru-guru agama. Semua itu bertujuan bagi mencari jalan, mencari cara dan mencari kaedah untuk mengenal Allah. Diantara banyak-banyak cara dan diantara banyak- banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi mengenal Allah swt adalah dengan mempelajari sifat 20. Allah tidak akan dapat dikenal melalui mata zahir, ianya dapat dikenal melalui mata hati dengan mempelajari sifat-sifatnya. Tidak ada jalan, tidak ada cara dan tidak ada kaedah lain untuk mengenal Allah, melainkan melalui ilmu mengenal sifat-sifatNya. Hanya melalui sifat-sifatNya sahaja yang membolehkan kita mengenal Allah Ta'ala. Andaikata adanya jalan lain, selain dari kaedah itu, ternyata ianya adalah dusta yang teramat besar. ADAKAH ALLAH LAYAK UNTUK DISIFAT-SIFATKAN ? Sebelum sifat 20 diperjelaskan, suka dingatkan disini bahawa, Allah sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan. Seandainya Allah bersifat bererti Allah itu boleh di kualiti dan boleh dikuantitikan. Sedangkan Allah tidak berbilang, tidak berkualiti dan tidak berkuantiti. Maha suci Allah dari sifat berbilang-bilang yang menyerupai sifat makhloknya. Allah tidak boleh dipersifatkan. Allah itu sangat tinggi, sangat jauh, lebih tinggi dan lebih jauh dari kedudukanNya. Hingga tidak sampi akal untuk mengkajiNya. Allah tidak terhad dan Allah tidak terbatas, sedangkan akal kita amat terhad dan amat terbatas. Allah tidak ada awal, dan tidak ada akhirnya. Tidak mungkin tercapai oleh akal untuk menjangkaunya. page1image17952 Mana mungkin Allah bersifat, Allah adalah suatu zat yang bukan Ain ( bukan benda ). Allah bukan barang, dan Allah bukan sesuatu. Allah adalah perkara yang tidak boleh disifatkan. Sifat yang disifatkan dan sifat yang dinyatakan itu adalah semata-mata thamsil, semata-mata misalan, semata- mata usul, semata-mata perumpamaan dan semata-mata sekadar contoh bagi mempermudahkan faham APAKAH ASAS SIFAT 20 ? Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara ; 1). Zat. ( roh ) 2). Sifat. ( rupa ) 3). Afa'al ( perangai-perbuatan ) 4. Asma' ( nama )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan